suria

Lahad Datu: Dakwaan Mengenai Tebusan Tidak Benar

Anggota tentera melakukan rondaan di Kampung Tanjung Batu bagi mencari saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang masih bersembunyi di Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu pada Jumaat. -fotoBERNAMA

LAHAD DATU: Polis percaya dakwaan bahawa enam lelaki bersenjata menyelinap keluar dari kawasan Zon Merah dan menahan beberapa tebusan di sekitar Felda Kembara Sakti pada malam Khamis adalah tidak benar.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang pada Jumaat berkata mereka tidak menemui bukti terhadap dakwaan seorang wanita bahawa lelaki bersenjata dilihat berada di kawasan itu dan menahan tebusan.

"Kami telah menemuramah wanita tersebut dan dia tidak jelas mengenai maklumat lanjut. Tiada saksi lain melihat sebarang pergerakan lelaki bersenjata di kawasan tersebut," kata Tan pada sidang media di Felda Sabahat.

Sejak khabar angin itu tersebar, ratusan penduduk di kawasan tersebut berlindung di dalam masjid manakala yang lain meninggalkan kawasan Kembara Sakti yang terletak kira-kira 20km dari bandar utama Felda Sahabat, Cenderakasih.

Tan berkata siasatan polis masih diteruskan di kawasan terbabit.

Sementara itu, beliau berkata operasi menggeledah masih dijalankan di kawasan Kampung Tanjung Batu untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.

Artikel Berikut

Artikel Lain