suria

Kecederaan Tidak Patahkan Semangat Lans Koperal Mohd Zariman Terus Berjuang

Lans Koperal Mohd Zariman Ibrahim, 31, mengaminkan doa semasa tiba di Lapangan Terbang Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kelantan pada Jumaat. Beliau yang berasal dari Kampung Kangkung, Pasir Mas, dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan lanjut. -fotoBERNAMA
Lans Koperal Mohd Zariman Ibrahim, 31, mengaminkan doa semasa tiba di Lapangan Terbang Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kelantan pada Jumaat. Beliau yang berasal dari Kampung Kangkung, Pasir Mas, dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan lanjut.
-fotoBERNAMA
Lans Koperal Mohd Zariman Ibrahim, 31, mengaminkan doa semasa tiba di Lapangan Terbang Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kelantan pada Jumaat. Beliau yang berasal dari Kampung Kangkung, Pasir Mas, dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan lanjut. -fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: "Saya berazam untuk kembali ke kawasan Operasi Daulat selepas sembuh nanti," kata Lans Koperal Mohd Zariman Ibrahim yang cedera ketika bertempur dengan militan dari selatan Filipina di Sungai Nyamuk di Lahad Datu, Sabah 10 Mac lepas.

Mohd Zariman, 31, dari Batalion ke-12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dari Sabah pada 4 petang Jumaat.

Ketibaan beliau yang diiringi bapa, Ibrahim Abdullah, 55, dan ibu, Noraini Mohamad, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut kira-kira 500 orang yang memenuhi kawasan lapangan terbang itu sambil lagu patriotik dimainkan pasukan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Mohd Zariman yang dibawa dengan kerusi roda turut diiringi beberapa rakan sepasukannya yang diketuai Pegawai Pemerintah Batalion itu Supt Syar'ie Saari dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.

Mohd Zariman berkata kejadian serangan hendap musuh seawal 3 pagi itu, turut menyebabkan seorang rakannya cedera.

Beliau yang berpangkalan di Kem PGA Miri, Sarawak lebih dua tahun lepas cedera parah terkena serpihan peluru di paha dan kaki kanan, akan menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia.

"Kecederaan yang saya alami semasa bertugas itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara," kata anggota polis yang masih bujang itu.

Sementara itu ibu Mohd Zariman berkata beliau akan mengadakan majlis kesyukuran untuk anaknya itu esok. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain