suria

Hospital Pulau Pinang Minta Waris Tuntut Mayat

GEORGETOWN: Hospital Pulau Pinang (HPP) memohon waris kepada tiga mayat supaya menuntutnya di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu.

Pengarah HPP Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata pihak hospital gagal mengesan waris-waris kepada mayat berkenaan.

Mayat pertama adalah seorang wanita warga Indonesia, Aminah Hasan, 40, meninggal dunia di hospital itu pada Sabtu lepas dan beralamat terakhir di E83 Blok B Sungai Nibong Besar, Bayan Lepas.

"Mayat kedua adalah lelaki dikenali sebagai J. Selvanathan, 59, meninggal dunia pada 23 Feb lepas akibat penyakit hati," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata satu lagi mayat lelaki dewasa tanpa dokumen pengenalan diri dikenali sebagai Thamilselvam meninggal dunia di hospital itu pada 24 Februari lepas.

Waris kepada mayat-mayat terbabit boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Awam HPP di talian 04-2225333 untuk maklumat lanjut. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain