suria

BR1M: Keputusan Rayuan Akan Diketahui Awal April

IPOH: Pemohon akan mengetahui keputusan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 pada minggu pertama bulan April.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata surat mengenai keputusan tersebut akan dihantar dalam tempoh itu.

"Buat masa ini kami masih memproses permohonan dan di Perak sendiri terdapat kira-kira 32,000 permohonan sedang diproses termasuk mereka yang membuat rayuan.

"Untuk tahun ini, kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah 6.1 juta permohonan di mana 4.3 juta adalah ketua isi rumah yang menerima bantuan tunai RM500.

"Bakinya adalah individu bujang yang menerima bantuan RM250," katanya selepas melawat pejabat awangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Ipoh, di sini Jumaat.

Artikel Berikut

Artikel Lain