Bayi Maut Terkena Helikopter Kawalan Jauh - Semasa | mStar

Bayi Maut Terkena Helikopter Kawalan Jauh

Bayi Nurdamia Husnina Banee Yamin
Bayi Nurdamia Husnina Banee Yamin

SEREMBAN: Seorang bayi berusia 18 bulan maut akibat kepalanya terkena helikopter kawalan jauh yang terhempas di majlis pelancaran padang bola sepak sintetik Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini malam Rabu.

Nurdamia Husnina Banee Yamin meninggal sejurus tiba untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.

Alat mainan itu turut mengenai bapanya Banee Yamin Idris, 35, di kepala dan dia turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Seorang saksi, Abdul Latif Salim berkata helikopter mainan itu hilang kawalan sebelum menjunam ke arah orang ramai.

Dia juga sempat mengelak sebelum pesawat mainan itu terkena bayi tersebut yang sedang dipangku bapanya.

"Saya lihat kepala bayi itu berdarah yang kemudiannya dia dikejarkan bapanya ke ambulans di situ untuk dibawa ke hospital," katanya.

Pertunjukkan helikopter kawalan jauh itu merupakan sebahagian daripada acara di majlis tersebut yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di hospital melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian itu yang disifatkannya sebagai di luar jangka.

Katanya kerajaan negeri akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan memastikan ia tidak berulang di masa depan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan keluarga mangsa akan mendapat bantuan sewajarnya terutama bagi urusan pengkebumian bayi tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata pengendali alat terbabit yang berusia 40 tahun telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini