suria

SPM 2012: Keputusan Meningkat, 13,721 Calon Dapat Semua A

PUTRAJAYA: Seramai 13,721 daripada 472,541 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya mendapat gred A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Ini merupakan peningkatan 0.16 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, jumlah tersebut melibatkan 13,721 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran dan 2,072 calon dari sekolah bukan di bawah kementerian.

Beliau berkata demikian kepada sidang akhbar mengumumkan keputusan SPM 2012 di sini, Khamis.

Artikel Lain