suria

Pekerja Kontrak Mati, Dipercayai Dibunuh Berdekatan Sempadan Malaysia-Indonesia

KUCHING: Seorang pekerja kontrak sebuah ladang kelapa sawit di Raso, kira-kira 100 kilometer di sini, ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum dirompak.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong berkata mayat Liew Siong Fatt, 42, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan tangan kiri putus dan kesan tetakan di kepala, kira-kira 200 meter dari Sempadan Malaysia-Indonesia pada kira-kira 10.30 pagi Khamis.

Beliau berkata sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu mangsa pada kali terakhir dilihat rakan sekerjanya turut hilang, dipercayai dilarikan pembunuh.

Polis turut menemui kesan tayar motosikal di tempat kejadian, yang dipercayai ditunggang suspek.

Sehingga kini, belum ada suspek dikenal pasti dan polis masih meneruskan siasatan, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain