suria

Tiga Maut Dalam Kemalangan Kereta-Lori Dekat Sungai Siput

IPOH: Seramai tiga orang meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 41.3 jalan Kuala Kangsar-Ipoh, dekat Sungai Siput.

Jurucakap polis berkata, kereta itu yang datang dari arah Kuala Kangsar membelok secara tiba-tiba ke arah sebuah lori sehingga menyebabkan kemalangan pada kira-kira pukul 9 malam pada Selasa.

Tiga individu yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Romlan Ros Abdul Bakar, 52, isterinya Haniza Hussin, 45 dan Mohd Ridzuan Mohd Nor, 55.

Isteri Mohd Ridzuan, Zaharah Abdullah, 52, mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Sungai Siput.

Kesemua mangsa berasal dari Felda Bersia Gerik.

Artikel Lain