suria

SPRM Gagal Peroleh Perintah Tahanan Reman Empat Suspek Babitkan Syarikat Skim Pelaburan Emas

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal memperoleh perintah tahanan reman terhadap empat lelaki, termasuk seorang bekas Pengarah Bank Negara, berhubung siasatan kes membabitkan sebuah syarikat skim pelaburan emas.

Majistret Mohd Aizuddin Zolkeply menolak permohonan bagi perintah tahanan reman selama 10 hari itu, yang dipohon mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, selepas memutuskan alasan yang dikemuka pegawai penyiasat tidak kukuh.

Sehubungan itu, SPRM hanya boleh menahan suspek sehingga 7 malam ini untuk siasatan.

Tiga suspek dipercayai merupakan pengarah syarikat skim pelaburan emas berkenaan.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan merasuah seorang pegawai bank negara sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap syarikat itu. BERNAMA

Artikel Lain