suria

Spekulasi Pembubaran Parlimen Adalah Palsu

Pejabat Media Perdana Menteri menerusi akaun Twitter ini mengesahkan tidak berlaku pembubaran Parlimen seperti mana heboh diperkatakan.

PETALING JAYA: Khabar angin yang tersebar luas kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada Rabu merupakan berita palsu yang sengaja disebarkan.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Media Perdana Menteri menerusi akaun Twitter rasmi @PMOMalaysia kira-kira pukul 1.30 petang Rabu.

“Salam sejahtera. Khabar angin yg menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri @NajibRazak (akaun twitter milik Najib) tidak benar sama sekali,” kata kemas kini menerusi akaun itu.

Khabar angin bahawa Najib akan membubarkan Parlimen hangat diperkatakan selepas beliau dilihat hadir ke Istana Negara pada pagi Rabu.

Kehadiran Najib itu menimbulkan spekulasi kononnya beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Artikel Lain