suria

PRU-13: MIC Sedia Bertanding 9 Kerusi Parlimen, 19 DUN - Subra

PUTRAJAYA: MIC bersedia bertanding di 28 kerusi (sembilan Parlimen dan 19 Dewan Undangan Negeri) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kebanyakan rundingan pembahagian kerusi di antara presiden parti, Datuk Seri G Palanivel dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimuktamadkan.

"Kebanyakan (pembahagian kerusi) telah dimuktamadkan, selain daripada beberapa kerusi yang masih belum diputuskan. Kita sedia bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 DUN, jadi keseluruhan 28 kerusi.

"Daripada 28 kerusi, 20 sudah dimuktamadkan, jadi ada baki lapan lagi kerusi. Terdapat beberapa isu tertentu yang perlu diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Kementerian Sumber Manusia kepada Tabung Wira Negara Lahad Datu di sini, Selasa.

Artikel Lain