suria

PM Kecam Kenyataan Harun Taib Perkecil Pengorbanan Wira Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam Selasa, yang disiarkan secara langsung di RTM. Beliau berkata sebahagian besar matlamat transformasi kerajaan yang dirancang telah berjaya dicapai dengan keadaan taraf hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) menghadiri majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013M tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Putrajaya, Isnin. Seramai 800 Imam, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK/JKKP seluruh negara yang belum pernah mengerjakan ibadah Haji menerima surat tawaran tersebut. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khair Baharom (empat dari kiri). -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengecam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung ucapannya yang memperkecil-kecilkan pengorbanan pasukan keselamatan melawan pasukan bersenjata Sulu di Lahad Datu.

Najib berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa 10 anggota polis dan tentera yang terbunuh dalam pertempuran meninggal dunia sebagai 'syahid akhirat'.

Harun telah dipetik sebagai berkata di Kuala Terengganu baru-baru ini bahawa anggota keselamatan hanya meninggal dunia sebagai wira 'syahid dunia'.

"Kita kesal mati sebagai mati syahid juga dipolitikkan.

"Apa agenda mereka sekarang," kata Perdana Menteri ketika menyerahkan surat kepada imam bagi menunaikan haji, Isnin.

Artikel Lain