suria

Perhilitan Rampas 133 Tenggiling Bernilai RM30,000 Di KLIA

Pengarah Bahagian Perundangan Dan Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Burhanuddin Mohd Nor (tengah) melihat sebahagian daripada 132 ekor tenggiling yang dirampas pada 18 Mac 2013 di Klas Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Ibu Pejabat Perhilitan, Cheras, Selasa. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 133 ekor tenggiling bernilai RM30,000 yang cuba diseludup keluar ke Vientiane, Laos melalui Terminal Klas Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada Isnin.

Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan Burhanuddin Mohd Nor berkata rampasan itu dilakukan pada pukul 6.28 pagi dan membabitkan 31 kotak mengandungi tenggiling hidup.

"Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat kerana kesemua tenggiling tersebut dihantar secara terus ke bahagian kargo," katanya pada sidang media, di sini, Selasa.

Katanya pihak berkuasa telah mengenal pasti pengirim kargo itu dan sedang menjejakinya.

"Modus operandi penyeludupan ini ialah mengisytiharkan konsainan tersebut sebagai ketam hidup bagi mengaburi pihak penguatkuasaan," katanya.

Tenggiling merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan juga spesies yang terjadual di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 668).

Burhanuddin berkata tenggiling atau nama saintifiknya 'Manis javanica' dipercayai diseludup untuk dijadikan bahan makanan esotik, barangan kulit dan pakaian. Beliau berkata DNA tenggiling yang dirampas itu akan diselidik bagi mengenal pasti negara asalnya.

Berdasarkan rekod rampasan tenggiling, Perhilitan menerima 18 kes pada 2006 24 (2007), 18 (2008), sembilan (2009), 15 (2010), 11 (2011), 21 kes pada 2012 satu kes setakat ini bagi 2013, katanya.

"Modus operandi sentiasa berubah-ubah. Kalau dulu dia gunakan jalan darat, sekarang ini gunakan laluan udara dengan mengisytiharkan sebagai benda-benda lain macam ketam dan individu yang melakukan kegiatan ini ramai, macam sindiket," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain