suria

Pengiktirafan Global Kepada Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengiktirafan global kepada Malaysia yang merupakan satu testimoni kejayaan kepada prakarsa-prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ialah:

* Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia - Sumber World Bank Ease of Doing Business Report 2013.

* Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit - Sumber World Bank Ease of Doing Business Report 2013.

* Malaysia adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia - Sumber Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013.

* Malaysia berada di tangga keempat di dunia yang paling melindungi pelabur - Sumber Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013.

* Malaysia merupakan negara ke-10 bagi Destinasi Menarik Pelaburan Asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Asing 2012 - Sumber Perunding Pengurusan Global AT Kearney.

* Malaysia diiktiraf sebagai negara ketiga di dunia bagi Lokasi Menarik bagi Destinasi Penyumberan Luar 2011 selepas India dan China - Sumber Perunding Pengurusan Global AT Kearney.

* Kuala Lumpur diiktiraf sebagai pusat bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik - Sumber Global Shopper Index oleh Economic Intelligence Unit.

* Malaysia merupakan negara ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013 - Sumber International Living Magazine. - BERNAMA

Artikel Lain