Mayat Pengganas Sulu 80 Peratus Selesai Dibedah Siasat - Hamza - Semasa | mStar

Mayat Pengganas Sulu 80 Peratus Selesai Dibedah Siasat - Hamza

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.

"Sejumlah 80 peratus mayat telah selesai dibedah siasat, bakinya masih dalam proses," katanya dalam sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini, kira-kira 5.30 petang ini.

Hamza berkata mayat seorang pengganas yang ditembak mati pagi ini dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, telah dikeluarkan.

Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara 12 Februari lepas.

Bagaimanapun sehingga tempoh itu berakhir hari ini, belum ada sebarang indikasi dari Manila berhubung tuntutan mayat-mayat tersebut.

Dalam pada itu Hamza tidak menolak kemungkinan ada pengganas yang melarikan diri ke Pulau Tambisan, kira-kira 100 kilometer dari Felda Sahabat kerana musuh memahami muka bumi kawasan pantai timur Sabah.

Bagaimanapun, katanya pasukan keselamatan telah mengetatkan kawalan di pelbagai kawasan strategik untuk mengesan sebarang pergerakan musuh.

Beliau optimis operasi penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai esok dan pasukan keselamatan kemudian akan menumpukan operasi di kawasan Tanjung Labian dan Sungai Bilis.

Ahmad Zaki pula mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi membolehkan pasukan keselamatan melaksanakan tugas dengan berkesan.

Sehingga kini seramai 62 pengganas dibunuh, 104 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241, termasuk sembilan ditahan semalam dan hari ini, kerana berada di zon merah Operasi Daulat dan pelbagai kesalahan lain. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pasangan Glamor Khoo & Chai Berpisah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain