suria

Rakyat Diminta Tolak Pembangkang - Azizah

BEAUFORT: Rakyat Sabah diminta menolak pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Azizah Mohd Dun berkata rakyat negeri itu perlu bersatu dalam menentang sebarang percubaan pembangkang untuk menggugat keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara. "Pemimpin pembangkang tidak bersimpati dengan pengorbanan anggota keselamatan apabila mendakwa kerajaan bersandiwara dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu," kataNya pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort, di Kampung Palu-palu, Kuala Penyu, kira-kira 32km dari sini, Sabtu.

Azizah, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, mengajak rakyat menghayati perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahanKAN kedaulatan negara di bumi Sabah. -BERNAMA

Artikel Lain