PRU-13: PM Adakan Mesyuarat Bincang Mengenai Kerusi Dan Calon - Semasa | mStar

PRU-13: PM Adakan Mesyuarat Bincang Mengenai Kerusi Dan Calon

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadualkan sesi ‘maraton’ yang lain dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) pada minggu depan bagi memperkukuhkan lagi dalam peruntukan kerusi dan pemilihan calon.

Menurut beberapa sumber, peruntukan dari kawasan-kawasan di Semenanjung telah diselesaikan kecuali bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Perkongsian kerusi di Sabah dan Sarawak akan diselesaikan pada masa yang sama.

“Kami berharap segala-galanya boleh dimuktamadkan pada minggu depan,” kata seorang yang terlibat dalam sesi lebih tujuh jam pada Khamis apabila Perdana Menteri dan Pengerusi BN itu berjumpa dengan presiden-presiden parti komponen dan anggota majlis tertinggi negeri yang lain.

Mesyuarat dan rancangan susulan itu telah menghangatkan lagi spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan pada bulan ini bagi membuka laluan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu, sumber-sumber berkata, ia adalah yang terbaik untuk BN mengekalkan status quo yang berdiri di kawasan Parlimen di Pahang dan Kedah supaya “tiada kekacauan”.

“Bagaimanapun, akan terdapat beberapa pertukaran kerusi di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional,” kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Ini adalah satu amalan biasa dalam Barisan,” katanya.

“Tetapi kali ini, kita sedang mencari kemungkinan untuk meletakkan calon Barisan di bawah teman-temannya mengikut konsep BN.”

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, yang dilaporkan berada di kalangan mereka yang sedang dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai calon BN berkata, kedua-dua parti pemerintah dan Pakatan Rakyat cuba untuk ‘memancing’ beliau.

“Saya tidak pernah membuat keputusan tetapi dalam segala hal, meletakkan calon bukanlah sesuatu yang baru.

“Ia telah dilakukan sebelum ini di negeri asal saya (Sarawak),” katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain