suria

Kit Siang Tanding Di Johor

SENAI: Betulkah penasihat DAP Lim Kit Siang akan meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13?

Sebuah portal berita memetik seorang pemimpin parti itu yang enggan dikenali sebagai berkata Lim akan bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.

Bagaimanapun, Kit Siang dilaporkan berkata beliau masih perlu menimbang langkahnya itu sebelum membuat keputusan muktamad.

Pada sidang media sejurus tiba di sini, Sabtu, untuk melakukan lawatan tiga hari ke Johor, orang kuat DAP itu berkata beliau akan mendapatkan maklum balas dari peringkat akar umbi terlebih dahulu sebelum memutuskan kerusi yang akan ditandinginya. BERNAMA

Artikel Lain