suria

Pemuda Umno Lancar Kempen Gempak Dedah Fitnah Pembangkang

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (tiga, kanan) bersama Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim (tiga, kiri) menunjukkan risalah-risalah mengenai pembohongan pihak pembangkang pada sidang media Pelancaran Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang (GEMPAK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno melancarkan kempen Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang atau dikenali sebagai 'Gempak' bagi mendedah dan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan mengumpul sebanyak mungkin fitnah atau pembohongan yang dilakukan pembangkang sejak dahulu sehingga kini dan akan menjelaskannya kepada rakyat, berserta bukti melalui risalah dan kaedah siber seperti laman sosial Facebook, Twitter dan e-mel.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancaran Gempak di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini. Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.

Khairy, yang juga Penyelaras Gempak berkata pihaknya optimis gerakan itu mampu memberi impak yang diinginkan khususnya dalam menarik pengundi muda dan pengundi atas pagar supaya tidak berterusan mempercayai fitnah yang dilemparkan pembangkang.

"Sebab itu, kita sudah kumpulkan segala bukti ftnah mereka (pembangkang) secara sistematik dan rakyat akan dapat menilai melalui fakta dan bukti yang jelas tindakan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN," katanya. Khairy berkata pelbagai risalah disediakan pihaknya untuk mendedahkan cara fitnah yang dilakukan gabungan parti pembangkang, antaranya di bawah tajuk 'memalsukan dokumen', 'menipu imej', 'lagak biadap' dan 'bongkak' serta 'Janji Mungkiri Janji (JAMUNJI)' yang tidak ditunaikan gabungan parti pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata kempen itu adalah selari dengan tindakan pakatan pembangkang yang sering mengamalkan politik fitnah sehingga berjaya membuatkan rakyat khususnya pengundi muda dan pengundi atas pagar terpengaruh.

"Pembangkang sudah ada sejarah dalam melaksanakan kempen fitnah, kami amat risau menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini, lebih banyak kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat, tuduhan tidak berasas tanpa bukti sahih dilakukan pembangkang terhadap BN," katanya.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong. -BERNAMA

Artikel Lain