suria

Majlis Senator Negara Ditubuh Bagi Pertingkat Profesionalisme

KUALA LUMPUR: Majlis Senator Negara yang ditubuh Selasa lepas bertujuan mempertingkat profesionalisme serta menjaga kebajikan anggota serta bekas anggota dewan itu.

Pengerusinya, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah, yang dipilih pada mesyuarat agung pertama majlis itu di Bangunan Parlimen pada Selasa, berkata penubuhan Majlis Senator Negara membolehkan anggota Dewan Negara memantapkan lagi peranan mereka sebagai penggubal undang-undang yang berkesan.

"Majlis itu juga akan membantu Malaysia memperkukuh hubungan dengan negara lain dengan mewujudkan hubungan dua hala melalui rakan sejawat untuk bertukar fikiran dan maklumat berkaitan perlembagaan, perkembangan sosial, politik serta ekonomi semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain Mohammed Najeeb, Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan bekas anggota Dewan Negara Datuk Nor Hayati Tan Sri Onn dilantik Timbalan Pengerusi. -BERNAMA

Artikel Lain