suria

Laman Web DAP Terpaksa Ditutup Akibat Serangan DDoS

KUALA LUMPUR: DAP mendakwa laman webnya telah 'diserang' dan terpaksa ditutup sejak Jumaat lepas.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata laman web rasmi parti itu, dapmalaysia.org, dan portal berbahasa Melayu, roketkini.com, telah diserang DDoS (Distributed-Denial-of-Service) pada 8 , 10 dan 13 Mac. Serangan DDOS berlaku apabila serangan atau cubaan untuk menaikkan lebih muatan dan melimpahkan komputer/rangkaian ke tahap menghalang perkhidmatan, yang kadang kala bagi tempoh masa sementara atau ada kala sehingga satu tempoh masa yang tidak ditetapkan.

"Laporan pembekal perkhidmatan kami menunjukkan bahawa kesan serangan data adalah 240 kali trafik normal yang diperolehi laman web kami," Pua memberitahu satu sidang akhbar.

Artikel Lain