suria

Agihan Kerusi Komponen BN Perlis Kekal - Md Isa Sabu

KANGAR: Agihan kerusi parti komponen Barisan Nasional (BN) Perlis bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak berubah dengan 13 daripada 15 kerusi dewan undangan negeri (DUN) ditandingi Umno dan baki oleh MCA.

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Abu berkata mereka mengotakan janji mengekalkan dua kerusi untuk MCA iaitu di DUN Indera Kayangan dan Titi Tinggi.

Tiga kerusi parlimen di Perlis kekal ditandingi calon daripada Umno, kata Md Isa kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mengenai calon, Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis berkata senarainya telah diserah kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk diputuskan.

Md Isa yang juga Pengerusi Umno Perlis, berkata Umno mengemukakan gabungan muka baharu dan lama.

Siapa sahaja yang menjadi calon, mesejnya tetap sama iaitu memastikan B Nterus menguasai Perlis selepas pilihan raya umum itu nanti, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain