suria

Rasuah: Mahkamah Tinggi Ketepi Sabitan, Hukuman Adun Lenggeng

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim beredar setelah dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di Seremban pada Khamis. Beliau turut dibebaskan daripada sabitan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 atas tuduhan menerima rasuah lima tahun lalu. -Foto BERNAMA

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini, Khamis mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM20,000 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Mustafa Salim bagi kesalahan menerima rasuah, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mustafa, 53, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen terhadapnya pada 1 April 2011.

Dalam penghakimannya, Siti Mariah berkata Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan terkilaf semasa menjatuhi hukuman itu ke atas Mustafa.

"Selepas meneliti keterangan semua saksi dan bukti daripada kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati Mahkamah Sesyen gagal menimbangkan keterangan semua saksi dan bukti yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

"Daripada keterangan saksi dan tertuduh, jelas menunjukkan wang berkenaan adalah untuk tujuan kebajikan serta terdapat bukti dan dokumen yang menyokong hujah berkenaan," katanya. Adun Barisan Nasional itu didakwa menerima suapan RM2,000 daripada M. Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan berkaitan projek pasir.

Mustafa didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini pada 5 petang, 31 Ogos 2008 mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Dia dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari manakala Mustafa diwakili peguam Zamani Ibrahim dan Hisyam Teh Poh Teik.

Sementara itu, Mustafa yang ditemui di luar mahkamah selepas prosiding berkenaan enggan memberi sebarang komen kepada wartawan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Telco Disaman

Artikel Lain