Polis Kelantan Kesan Tenaga Pengajar Hina Pasukan Keselamatan - Semasa | mStar

Polis Kelantan Kesan Tenaga Pengajar Hina Pasukan Keselamatan

KOTA BAHARU: Polis Kelantan kini giat mengesan seorang tenaga pengajar yang menghina dan mencaci pasukan keselamatan, terutama Polis Diraja Malaysia di laman sosial Facebook sejak 2 Februari lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hasil siasatan pihaknya telah mengenal pasti suspek, penjawat awam berusia 37 tahun berasal dari Pasir Puteh. "Saya rasa sudah sampai masa pihak polis mengambil tindakan terhadap akaun Facebook ini mengikut Sekyen 41 (A) Akta Hasutan 1948. "Kalau benci sekalipun dengan polis jangan sampai ditulis dalam Facebook yang boleh dibaca oleh masyarakat Malaysia. Dia (suspek) nak menghasut masyarakat dan meracuni pemikiran anak muda yang melayari Facebook," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sebuah kursus di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baharu Tunjong di sini, Khamis.

Pada majlis itu, 96 anggota polis dari seluruh daerah di negeri ini diberi sijil penghargaan selepas menamatkan kursus bantuan awal menangani perusuh sebelum Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di lokasi.

'Print screen' yang ditunjukkan Jalaluddin kepada pemberita jelas menyatakan tenaga pengajar itu menghina anggota keselamatan yang berjuang menentang penceroboh di Lahad Datu dengan penggunaan perkataan seperti 'anjing', 'mati katak' dan 'doggie'.

Jalaluddin berkata beliau hairan dengan suspek yang berpendidikan tinggi, namun masih berfikiran sempit sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.

"Kami turut terima laporan polis yang dibuat oleh seorang penjawat awam pada 5 petang semalam berhubung perkara itu dan kami percaya suspek sedang bersembunyi di negeri ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain