suria

Hospital Mudah Alih Disediakan Untuk Penduduk Kampung Felda Sahabat

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dijangka akan menghantar hospital mudah alih ke Felda Sabah di Lahad Datu pada minggu depan bagi memperkuatkan keperluan perubatan di sana berikutan insiden pencerobohan Sulu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau dan beberapa pegawai kementerian pada Rabu telah kembali dari melawat pusat pemindahan untuk menempatkan penduduk kampung yang terjejas oleh kejadian serangan di Lahad Datu, Sabah.

“Ini bertujuan untuk menyediakan keperluan perubatan kepada penduduk kampung yang memerlukannya,” katanya selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kompleks Pakar dan Pusat Rawatan Harian (SCACC) Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Liow berkata, pada masa ini terdapat enam pasukan yang terdiri daripada 44 pegawai perubatan yang berpangkalan di klinik Felda Sahabat, dan perkhimatan itu akan diperkuatkan dengan hospital mudah alih.

Beliau berkata, hospital mudah alih hanya disediakan ketika berlakunya krisis berikutan pencerobohan yang berlaku.

Beliau turut menggesa penduduk kampung supaya menjaga keselamatan dan kebersihan, serta memastikan keadaan bersih bagi menghindari penyakit daripada menular.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Telco Disaman

Artikel Lain