suria

Bumbung Tujuh Buah Rumah Rosak Dipukul Puting Beliung

Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Harum (kiri) meninjau keadaan rumah seorang penduduk, Yusnii Md Saad (tunduk), 43, mangsa kejadian puting beliung di Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah di sini, petang Khamis.-Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Bumbung tujuh buah rumah di Taman Seei Abdi, Jalan Kuala Kedah di sini rosak dipukul puting beliung dalam kejadian petang Khamis. Walaupun tiada kemalangan atau kecederaan menimpa penghuni rumah namun puting beliung yang berlaku tidak sampai seminit itu menyebabkan pemilik rumah menanggung kerugian ditaksirkan hampir RM10,000.

Menurut pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) taman itu, Abdul Halim Abdullah puting beliung yang melanda kira-kira pukul 2.30 petang menerbangkan bumbung tujuh rumah, empat rosak teruk dan tiga lagi kerosakan kecil.

Seorang mangsa, Halim Ahmad, 59, berkata dia sedang bekerja membuat pukat semasa puting beliung melanda tidak sampai seminit. Halim berkata, dia kerugian hampir RM2,000 manakala jirannya, Kassim Shaari mengalami jumlah kerugian hampir sama.

Naib Ketua Umno bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutholib Haron yang dimaklumkan mengenai bencana itu melawat mangsa dan bagi pihak ketua bahagian, Datuk Latt Shariman Abdullah, menyampaikan bantuan kain kanvas bagi menutup untuk sementara bumbung rumah berkenaan.

"Saya juga menyampaikan sumbangan peribadi berupa wang tunai bagi meringankan beban mereka. Umno Kuala Kedah akan bantu membaiki bumbung rumah mereka secara gotong royong petang ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Telco Disaman

Artikel Lain