Bekas Tukang Cuci Rompak Kedai Serbaneka, Dipenjara Dan Sebat - Semasa | mStar

Bekas Tukang Cuci Rompak Kedai Serbaneka, Dipenjara Dan Sebat

PETALING JAYA: Seorang bekas tukang cuci dihukum penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis kerana merompak berkumpulan terhadap pekerja kedai serbaneka 7-Eleven, tahun lalu.

Hakim, Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Riduan Sekh Ruslan, 21, setelah dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mohd Riduan bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Nor Rashidah Radzali, 20, dengan mengambil wang tunai sebanyak RM42 dan enam kotak rokok milik 7-Eleven, di kedai serbaneka itu di No.9 GF Jalan SP 2/2 Seksyen U3, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, pada 7.30 pagi, 28 November tahun lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, tertuduh yang menangis semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman berkata, dia perlu menanggung keluarga dan mempunyai ibu yang menghidap penyakit barah payudara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN Sedia Tawan Semula Kedah - Mukhriz

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain