suria

Anggota Tentera Terbunuh Dalam Kemalangan Merupakan Penumpang Dalam Trak - Pesuruhjaya Polis Sabah

LAHAD DATU: Anggota tentera yang terbunuh dalam kemalangan tentera pada pagi Selasa merupakan penumpang bukan pemandu trak seperti yang didakwa, jelas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata pemandu trak berkenaan, cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 pagi Selasa di Kilometer 37 di Jalan Lahad Datu.

Allayarham Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21 dinaikkan pangkat ke Koperal penuh pada Rabu bersama-sama seorang lagi rakannya, Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam pertempuran menentang pengganas Sulu.

Sebelum ini dilaporkan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan apabila trak yang dipandunya hilang kawalan ketika sedang dalam perjalanan menghantar bekalan dari Lahad Datu menuju ke Bandar Chenderawasih di Felda Sahabat.

Artikel Lain