suria

Putera Mahkota UAE Diberi Sambutan Rasmi

Najib mengalu-alukan kedatangan sempena lawatan rasmi Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan di Dataran Perdana, Putrajaya, Selasa.

PUTRAJAYA: Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan yang dalam rangka lawatan ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Ketibaan Putera Mahkota itu yang juga Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja dan disusuli Sheikh Mohammed Zayed melakukan pemeriksaan ke atas pasukan kawalan kehormat.

Kedua-dua pemimpin selepas itu mengadakan pertemuan empat mata sebelum menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian antara Malaysia dan UAE. BERNAMA

Artikel Lain