Nak Bersara? Bersara Sajalah! - Semasa | mStar

Nak Bersara? Bersara Sajalah!

Que Haidar pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin 2009. Dia membuat keputusan untuk bersara selepas kahwin.
Que Haidar pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin 2009. Dia membuat keputusan untuk bersara selepas kahwin.

ADOIII!!!

MUSIM artis nak bersara kecoh balik dah. Sebelum ni pun dah ramai artis kata mereka nak bersara. Tapi tak lama kemudian nampak semula batang hidung. Semuanya ‘poyo’!

Contohnya macam Rozita Che Wan. Nak bersara katanya tapi esok lusa tak jadi pula. Malah makin banyak dia dapat tawaran berlakon.

Begitu pula dengan Que Haidar sebelum ni dia kata tak nak berlakon lagi selepas berkahwin.

Tapi tut-tup... dia bagi alasan nak berlakon pula dengan syarat hanya menerima tawaran empat orang pengarah saja iaitu Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid.

Baru-baru ni saya juga ada terbaca kenyataan pelawak Sabri Yunus yang pernah memendam perasaan untuk bersara dalam dunia seni sebab kecewa apabila golongan pelawak tak mendapat pengiktirafan.

Terbaharu deejay Sinar FM, Salih Yaacob pula meluahkan rasa yang sama kerana mahu memberi tumpuan kepada bidang lain selain sedikit kecewa apabila lakonan video pendek dia dengan Nabil Ahmad mengenai politik mendapat kutukan ramai.

Kepada artis yang rasa nak bersara tu... bersara sahajalah. Apa nak kisah. Buat apa nak kecoh-kecoh canang satu dunia yang dia orang nak bersara.

Dunia hiburan di Malaysia ni berlambak lagi artis. Setiap hari orang berlumba-lumba nak jadi artis walaupun sesetengahnya pelajaran entah ke mana.

Sebenarnya tiada istilah persaraan dalam dunia seni. Istilah bersara adalah untuk mereka yang kerja makan gaji macam saya atau pegawai-pegawai kerajaan.

Kalu kita jadi artis, selagi tak meninggal dunia dan masih sihat, selagi itulah mereka “masih dalam kerja”.

Sebab itulah apabila ada artis yang kata nak bersara, saya hanya ketawa. Saya tidak pernah percaya dengan makna bersara yang diluahkan daripada mulut mereka.

Tengok Que Haidar dan Rozita Che Wan! Orang yang bersara mana boleh kerja semula tetapi mereka muncul dengan menetapkan macam-macam syarat dan alasan pula.

Sebab itu saya kata, kalau nak bersara... bersara sahajalah. Tak perlu nak kecoh-kecoh kerana ia akan buat sakit telinga.

Artis yang kecoh nak bersara ini saya klasifikasi sebagai mereka yang merajuk tetapi mahu dipujuk. Sesetengahnya sekadar nak test market sama ada orang sedih atau tidak kalau mereka tinggalkan dunia seni. Ciss! Pirah!

Jadi selepas ini kalau ada artis yang kecewa memanjang tu, janganlah buat kenyataan nak bersara. Cukuplah kata nak berehat, habis cerita. Lepas berehat boleh sambung berlakon semula.

NIEZAM: Nak kerja wartawan sampai pencen.

Artikel Berikut

Op Daulat: Polis Buka 2 Kertas Siasatan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain