Malaysia Pantau Laporan Media Filipina Mengenai Dalang Insiden Lahad Datu - Semasa | mStar

Malaysia Pantau Laporan Media Filipina Mengenai Dalang Insiden Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa memantau laporan media Filipina mengenai individu yang kemungkinan menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata laporan-laporan media yang dipantau ialah mengenai pendedahan penglibatan individu tertentu dalam kejadian itu.

"Pada hemat saya, banyak lagi bukti-bukti yang akan dikeluarkan oleh media Filipina dan ia akan dikeluarkan jika terbukti (laporan itu) kukuh oleh mereka.

"Saya tak mahu implikasikan pada mana-mana individu, biarlah media Filipina yang menyebutnya," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Ahmad Zahid berkata jika individu yang disebut media negara itu merasakan laporan media Filipina itu sebagai tidak benar, mereka boleh menyaman media berkenaan.

Sementara itu, beliau mengingatkan media Filipina agar tidak menulis laporan atau fakta tidak tepat berhubung kejadian di Lahad Datu kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

"Saya harap mereka (media Filipina) lebih berhati-hati menulis fakta yang sebenar," kata Ahmad Zahid sambil sekali lagi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak menembak atau membunuh sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan penceroboh militan dari selatan Filipina itu.

Beliau memberi contoh sebuah portal berita Filipina yang memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.

Ditanya mengenai kawalan di perairan Sabah sekiranya Operasi Daulat ditamatkan, Ahmad Zahid berkata: "Seperti yang dinyatakan PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan mempunyai kem tetap di Lahad Datu.

"Kem ini menyerupai apa yang dilakukan di Sarawak dalam Markas Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom). Ia bukan sahaja akan libatkan Angkatan Tentera Malaysia, malah akan libatkan polis, Agensi Penguatkuasa Maritim dan Majlis Keselamatan Negara," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain