suria

Punca Kematian William Yau Tidak Dapat Dipastikan

William Yau
William Yau
William Yau

PETALING JAYA: Mahkamah Koroner di sini pada Isnin dimaklumkan bahawa punca kematian kanak-kanak berusia enam tahun, William Yau tidak dapat dipastikan kerana mayatnya telah reput.

Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Asisten Supritendan Nor Hafiza Mat Nor berkata, bedah siasat dilakukan oleh ahli patologi, Dr Nor Ayuti Maseri Abdullah dari Hospital Sultanah Rahimah di Klang pada 25 Januari lalu kira-kira pukul 9 pagi.

Dia memberi keterangan pada hari pertama bagi prosiding inkues kematian William Yau.

Lee Keng Fatt merupakan Timbalan Pendakwa Raya yang hadir manakala peguam Goh Kim Lian mewakili keluarga William.

Koroner Mohd Hazeri Shaharil menangguhkan perbicaraan inkues tersebut ke sebelah petang ini untuk memanggil bapa mangsa, Yau Kok Kang sebagai saksi kedua.

William dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu selepas keluar dari kereta untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di Putra Heights.

Mayatnya ditemui terapung di sebatang sungai dekat Pelabuhan Klang pada 24 Januari lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain