suria

Lahad Datu: Jurugambar The Star Cerita Pengalaman Terserempak Lelaki Bersenjata

Anggota komando polis VAT 69 membawa penduduk dari Kampung Tanjung Labian keluar dari kampung mereka sebagai langkah keselamatan penduduk di situ pada hari keenam Op Daulat, Ahad.

 -fotoBERNAMA
Anggota komando polis VAT 69 membawa penduduk dari Kampung Tanjung Labian keluar dari kampung mereka sebagai langkah keselamatan penduduk di situ pada hari keenam Op Daulat, Ahad.

 -fotoBERNAMA
Anggota komando polis VAT 69 membawa penduduk dari Kampung Tanjung Labian keluar dari kampung mereka sebagai langkah keselamatan penduduk di situ pada hari keenam Op Daulat, Ahad.

 -fotoBERNAMA

LAHAD DATU: Perjalanan untuk membuat tinjauan keadaan di Kampung Tanjung Labian ternyata menjadi satu pengembaraan mencabar bagi kumpulan wartawan dan jurugambar yang terserempak dengan lelaki bersenjata berhampiran perkampungan pantai yang terletak kira-kira 160km dari sini.

Pasukan media termasuk jurugambar The Star, Normimie Diun, terlihat lelaki memakai baju-T dan seluar warna gelap berdiri di tepi jalan tidak lama selepas mereka tiba di kampung itu kira-kira pukul 10.00 pagi.

Ketika memandu ke Tanjung Labian, pasukan media tidak melihat sebarang sekatan jalan raya polis, membuatkan mereka percaya bahawa kawasan itu adalah selamat.

Bagaimanapun, ketika meneruskan pemanduan, mereka disambut dengan pemandangan di mana pakaian yang sudah kering namun masih tergantung di sebuah kampung terpencil, menunjukkan penghuni telah meninggalkan kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan mereka, mereka juga melihat seorang lelaki sedang berdiri di pokok kelapa sawit berhampiran.

Terdahulu, timbul kebimbangan yang memuncak apabila melihat beberapa sepanduk putih dengan tulisan merah digantung di beberapa pokok.

Kemudian, selepas satu minit, mereka melihat kelibat lelaki berpakaian gelap di tepi jalan dan menyedari bahawa mereka mungkin berdepan dengan salah seorang lelaki bersenjata Sulu yang terlibat dalam pertempuran berterusan dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, yang terletak kira-kira 2km dan Kampung Tanduo berdekatan.

Mengimbas bagaimana dia terkejut melihat lelaki bersenjata, Normimie berkata lelaki itu mengelak dan hilang dalam semak apabila melihat dua kenderaan pasukan media sedang dalam perjalanan masuk.

"Apabila saya ternampak dia, saya berteriak kepada yang lain di dalam kereta untuk tunduk dan tidak menunjukkan kamera kami. Pemikiran saya serta-merta berkata mereka mungkin menganggap peralatan kami adalah senjata dan akan melepaskan tempakan kepada kami," kata Normimie yang duduk di tempat duduk belakang.

"Kami sangat takut kerana jika dia adalah anggota pasukan keselamatan, dia akan memberitahu kami supaya berpatah balik," katanya.

Pada ketika ini, kumpulan itu memutuskan untuk membuat 'u-turn' dan kembali ke jalan utama Felda.

Ketika pasukan media sampai di jalan utama Felda, mereka terserempak dengan kira-kira 30 penduduk kampung Tanjung Labian yang ketakutan selepas mendengar empat tembakan beberapa minit sebelum itu.

Salah seorang daripada mereka, Achar Jalil berkata mereka telah diberitahu oleh ketua kampung untuk terus berada di kawasan itu walaupun pihak berkuasa Malaysia telah menasihatkan supaya berpindah, pada Isnin.

Menunggang motosikal bersama isteri dan dua anak, Achar berkata dia bimbangkan nasib ibunya yang tua dan uzur yang terpaksa ditinggalkan.

Ketika mereka meninggalkan Tanjung Labian, pasukan media berselisih dengan anggota polis menaiki trak menuju ke kawasan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain