suria

Kerajaan Pulau Pinang Fail Petisyen Berkaitan Pilihan Raya Negeri

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang menfailkan satu petisyen di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, bagi memohon perisytiharan agar diberi kuasa menggubal undang-undang berkenaan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.

Kerajaan Pulau Pinang bersama-sama dengan P.Ramakrishnan sebagai pempetisyen kedua menamakan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

(Ramakrishnan adalah bekas presiden badan bukan kerajaan, Aliran.)

Mereka menfailkan petisyen itu selain meninggalkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding mahkamah mengenai perkara itu melalui firma Tetuan Tommy Thomas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain