suria

Jenazah Adun Lendu Selamat Dikebumikan

Idderis Kassim
Idderis Kassim
Idderis Kassim

ALOR GAJAH: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu Datuk Idderis Kassim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Apit, Ayer Limau di sini pada 11.30 pagi Isnin.

Jenazah Allahyarham yang juga Timbalan Speaker DUN Melaka sebelum itu dimandi dan disembahyangkan di rumahnya di Batu 19 3/4 Ayer Limau di sini.

Turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan barisan exco kerajaan negeri serta kira-kira 1,000 rakyat Melaka.

Allahyarham meninggal dunia akibat barah usus di Hospital Putra di sini kira-kira 6.50 petang Ahad.

Allahyarham, 66, yang menghidap penyakit tersebut sejak 2011 meninggalkan isteri Datin Rohani Yunus, 61, dan dua anak lelaki Zamran, 39, dan Zulkarnain, 36, serta empat cucu.

Pada pilihan raya umum ke-12, Allahyarham Idderis yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS Mohd Amir Yaakub dengan majoriti 1,633 undi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain