suria

Lahad Datu: Sembilan Rumah Sarang Pengganas Mungkin Diroboh

Ketua Kampung Simunul,Ramli Saraman, 56, menunjukkan salah satu lokasi kejadian di mana enam anggota polis terbunuh akibat ditembak pengganas Sulu pada kejadian 2 Mac lalu. -fotoBERNAMA

SEMPORNA: Sembilan rumah yang disyaki menjadi sarang kumpulan pengganas dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas, mungkin diroboh, kata Ketua Kampung Ramlee Saraman.

Ramlee berkata beliau difahamkan ada pemilik rumah yang mungkin terperdaya dengan kumpulan itu sehingga 'menjualkannya' tanpa menyedari ia mungkin dijadikan sarang operasi pengganas.

Beliau berkata tindakan meroboh premis itu akan dilaksana pihak berkuasa seperti majlis daerah selepas pihak keselamatan mengesahkan ia dijadikan sarang pengganas.

"Kalau benar, rumah-rumah ini akan dirobohkan. Bagi saya, ia dapat mengembalikan kepercayaan penduduk di sini bahawa perkampungan mereka selamat," katanya ketika meninjau kampung itu bersama wartawan Bernama Ahad.

Beliau berkata sejak pembukaan Kampung Simunul pada 9 Mac 1939, kejadian 2 Mac lepas, yang menyaksikan enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap itu, adalah yang pertama berlaku di kampung itu.

Ramlee, 56, yang menggalas tugas Ketua Kampung sejak 2006, memberitahu kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan perkampungan itu berikutan insiden tersebut.

Beliau berkata antara modus operandi anggota kumpulan pengganas 'menyusup' ke perkampungan air itu ialah menetap di situ dan bergaul dengan segelintir penduduk.

"Saya ada mendapat berita, ada penduduk kampung memanggil seorang daripada mereka (enam pengganas yang terbunuh) sebagai Imam, tetapi saya hendak tegaskan dia bukan imam yang sah dilantik," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain