suria

PM Saksi Pemeteraian Perjanjian Pembinaan Projek PR1MA Di Melaka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian (MoU) antara Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Pengerusi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis ketika menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Yayasan Melaka dan PR1MA sempena lawatan sehari beliau ke Melaka, Sabtu. -fotoBERNAMA

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negeri Melaka.

Perjanjian itu melibatkan kerjasama antara Yayasan Melaka dan PR1MA Berhad untuk membangun dan membina projek berkenaan bagi rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar di negeri ini.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu, Yayasan Melaka diwakili Pengerusinya yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sementara PR1MA Berhad diwakili Pengerusinya Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Jamaludin berkata projek berkenaan melibatkan kawasan berkeluasan 299.5 hektar di kawasan Parlimen Bukit Katil di sini, iaitu seluas 258.9 hektar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh dan 40.5 hektar di DUN Bachang.

"Pada masa ini, Yayasan Melaka sedang dalam proses pengambilalihan tanah dan pembangunan projek ini akan dilaksanakan selepas proses itu selesai," katanya.

Katanya harga bagi setiap unit rumah tersebut adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Bagaimanapun, katanya jumlah unit rumah bagi projek berkenaan akan diumumkan Perdana Menteri dalam majlis perasmian Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, pada 3 petang ini.

Perdana Menteri yang mengadakan lawatan ke Melaka hari ini turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Barisan Nasional (BN) Melaka di ibu pejabat BN negeri dan makan tengah hari bersama penduduk dan peniaga di medan selera Jalan Tun Ali sebelum merasmikan Menara Persekutuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain