Lahad Datu: Zahid Hamidi Selar Pihak Perlekeh, Hina ATM Dan PDRM - Semasa | mStar

Lahad Datu: Zahid Hamidi Selar Pihak Perlekeh, Hina ATM Dan PDRM

SUNGAI PETANI: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan pihak atau individu yang memperlekeh serta menghina kredibiliti anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), susulan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid berkata golongan itu termasuklah aktivis media sosial, langsung tidak bersimpati dengan keadaan sebenar yang berlaku.

Beliau berkata mereka seharusnya memahami naluri dan sanubari anggota ATM dan PDRM yang bertugas di sana demi kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kalau mereka mempolitikkan, memperlekeh serta menghina anggota tentera dan polis, maka mereka merupakan orang yang langsung tiada hati perut kerana apa yang dilaksanakan tentera dan polis bukanlah sandiwara politik sebagaimana yang mereka tuduh.

"Ketepikan perbezaan pegangan politik, ini soal pertahanan negara, walaupun ada di kalangan mereka itu pengarah strategi sebuah parti politik, tidak bermakna dia mengetahui semua hal termasuk kaedah peperangan," katanya kepada pemberita dekat sini, Sabtu. Beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Warga 6 Briged sempena Perbarisan Pemakaian Pangkat, di Kem Lapangan Terbang, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Panglima Divisyen ke-2 Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md Delin; Panglima 6 Briged, Brig. Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Zahid berkata tidak seharusnya juga timbul isu mengenai kelewatan penglibatan ATM dalam insiden itu memandangkan kaedah terbaik yang dilihat ialah menerusi rundingan bagi mengelak sebarang pertumpahan darah.

"Timbul dakwaan kononnya tindakan lambat dibuat sehingga apabila ada dua anggota polis terkorban di Kampung Tandou, baru ada tindakan daripada ATM, ini bukan soal lambat kerana kami yakin kaedah yang terbaik ialah menerusi rundingan.

"Seboleh mungkin kami tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku. Tetapi apabila musuh bukan sekadar menceroboh, maka itu tiada kompromi lagi," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mencabar pembangkang yang sebelum ini melemparkan tuduhan bahawa insiden itu satu sandiwara politik Umno, untuk turun sendiri bertempur mempertahankan kedaulatan negara.

"Biar mereka pergi sendiri, biar parti mereka menjadi penaja utama untuk bertempur tanpa perlindungan daripada tentera mahupun polis, tengok sama ada perkara ini sandiwara politik atau tidak. Kalau mereka mahu syahid politik, jangan minta tolong daripada tentera dan polis," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel