suria

Selangor Sedia Ambil Alih Operasi Syabas

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menerusi anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sedang menimbang untuk mengambil alih operasi air daripada Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan syarikat pemegang konsesi air lain, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Khamis.

Beliau berkata selepas pengambilalihan dari Syabas selesai, pihaknya akan mengambil alih operasi dua syarikat pemegang konsesi lain iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd, yang mana KDEB sudah menjadi pemegang saham terbesar.

"Sementara itu, pengambilalihan satu lagi konsesi, Puncak Niaga Sdn Bhd bergantung kepada persetujuan KDEB dengan pemegang saham terbesar, Puncak Niaga Holdings Berhad," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada 20 Februari lepas, jawatankuasa exco kerajaan negeri Selangor membenarkan KDEB membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk memulakan proses pengambilalihan empat syarikat pemegang konsesi itu. BERNAMA

Artikel Lain