suria

Malaysia Belum Mohon Ekstradisi Sultan Sulu

Raul Hernandez
Raul Hernandez
Raul Hernandez

MANILA: Filipina masih belum menerima permohonan rasmi daripada Malaysia bagi menyerahkan Sultan Jamalul Kiram III atau mana-mana pengganas Sulu yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah kepada pihak berkuasa negara itu, kata Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina pada Khamis.

"Sehingga kini kami masih belum dimaklumkan atau menerima permohonan rasmi daripada Malaysia untuk mengektradisi rakyat Filipina yang terlibat dalam insiden Lahad Datu," kata jurucakap DFA, Raul Hernandez.

"Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia," katanya lagi sambil menambah bahawa sebarang permintaan untuk ekstradisi daripada Malaysia akan dirujuk kepada Jabatan Keadilan (DOJ).

Sebelum ini Setiausaha Hakim, Leila De Lima dilaporkan berkata bahawa kerajaan Filipina sedang mengkaji kemungkinan mengadakan proses ekstradisi Jamalul Kiram ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan jenayah.

Walau bagaimanapun De Lima berkata, keutamaan diberikan terhadap pertuduhan yang mungkin dikenakan terhadap Jamalul Kiram yang akan difailkan di sini kerana melanggar undang-undang Filipina. FILIPINA DAILY INQUIRER

Artikel Lain