suria

Lebih 50 Ditahan Disyaki Ada Kaitan Pengganas Sulu - KPN

Tan Sri Ismail Omar and Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media di Lahad Datu pada Jumaat. -foto M. AZHAR ARIF/The Star

LAHAD DATU: Lebih 50 suspek ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas bersenjata Sulu yang menceroboh Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012.

"Suspek telah ditangkap di luar kawasan operasi Op Daulat.

"(Daripada) soal siasat suspek (kita) akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang telah kami peroleh," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini, Jumaat.

Sementara itu Jeneral Zulkifeli berkata beliau tidak menerima apa-apa perkembangan daripada Wisma Putra mengenai kemungkinan kumpulan lelaki bersenjata itu menyerah diri.

"Dari pagi tadi saya tidak menerima apa-apa berita bahawa mereka akan menyerah.

"Oleh itu, kita masih teruskan operasi kerana kami percaya baki kumpulan itu masih berada di beberapa tempat," katanya.

Artikel Lain