suria

Anwar Fail Saman RM100 Juta Terhadap TV3, Utusan Kaitkan Beliau Dengan Pencerobohan Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap TV3 dan Utusan Melayu (M) Bhd yang mengaitkan pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu dengan beliau.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur di sini, Jumaat, menamakan Utusan dan TV3 sebagai defendan.

Peguamnya, N. Surendran berkata, mereka juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbit atau menyiarkan sebarang fitnah terhadapnya.

Pada Khamis, Anwar menafikan bertemu Sultan yang mendakwa dirinya Sultan Sulu atau mempunyai sebarang penglibatan dalam serangan di pantai timur Sabah, di mana pasukan keselamatan Malaysia telah menjalankan operasi penggeledahan dan operasi mencari selepas serangan habis-habisan terhadap kumpulan terbabit, Selasa.

Dalam temu bual eksklusif dengan Radyo Inquirer 990AM, beliau memberitahu bahawa beliau telah "menyatakan dengan jelas" tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu yang tidak dikenali.

Anwar berkata kehadiran pemberontak adalah "tidak boleh diterima" dan menyalahkan media arus perdana tempatan kerana memutar-beliat isu.

Jumaat lepas, 'Philippine Daily Inquirer' mengeluarkan berita berdasarkan sumber perisikan tentera Filipina yang menyatakan bahawa seorang ahli politik Sabah bersekutu dengan Anwar telah bertemu dengan tentera penceroboh.

Artikel Lain