suria

Lahad Datu: KP1M Hantar Misi Bantuan Kemanusiaan

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Raheem (kiri) membungkus bekalan untuk misi bantuan kemanusiaan di Sabah di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. -foto THE STAR

SUBANG: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk membantu rakyat Sabah berhubung konflik di Lahad Datu berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi Khamis.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, 10 tan barangan keperluan seperti tilam, makanan dan ubat-ubatan akan diagihkan kepada tiga kem bantuan di Lahad Datu dan Semporna.

"Kami mempunyai satu pasukan yang terdiri daripada 15 sukarelawan dan 10 pegawai perubatan yang akan turun padang untuk memberi bantuan kepada mereka yang terjejas oleh konflik dan memberikan bantuan kepada pihak berkuasa di sini jika mereka perlukannya," katanya.

Bekalan diangkut oleh pesawat TUDM manakala sukarelawan berlepas melalui penerbangan komersial ke Sabah.

Abdul Azeez berkata laporan awal berkata lebih daripada 4,500 rakyat Sabah telah dipindahkan akibat pencerobohan lelaki bersenjata Sulu.

Sementara itu, pegawai-pegawai TUDM memberitahu The Star bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melawat pangkalan udara sekitar pukul 7.00 pagi dan telah berlepas ke Lahad Datu untuk lawatan tidak rasmi.

Artikel Lain