suria

Khairy Gesa Senarai Calon Bertanding Diumum Awal

SUNGAI BESI: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa agar senarai calon bertanding diumumkan awal bagi mengelakkan "masalah" semasa berkempen.

Beliau berkata, senarai calon harus diumumkan sekurang-kurangnya seminggu hingga 10 hari sebelum tarikh penamaan calon pilihan raya umum supaya ia dapat "melegakan" kekecewaan mereka yang tidak dipilih.

"Secara tradisinya, calon hanya akan diumumkan satu atau dua hari sebelum hari penamaan calon, jadi kita tidak mempunyai masa untuk menyelesaikan pelbagai reaksi dalam parti.

"Jika pengumuman dibuat awal, kita boleh membetulkan pelbagai masalah terutamanya terhadap mereka yang kecewa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) bagi pihak Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sini, Khamis.

Artikel Lain