Lahad Datu: Kecoh Bila Seorang Lelaki Masuk Zon Larangan - Semasa | mStar

Lahad Datu: Kecoh Bila Seorang Lelaki Masuk Zon Larangan

LAHAD DATU: Sesuatu yang menarik perhatian di pusat media bagi para wartawan yang membuat liputan serangan Kampung Tanduo apabila pasukan keselamatan menahan seorang lelaki di sebuah perahu pada Rabu.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang di pantai berhadapan dengan Felda Sahabat, lelaki yang berpakaian seperti orang awam diarahkan mendayungkan perahunya ke pesisir pantai oleh para komando yang menaiki bot patrol.

Kumpulan wartawan bergegas ke pantai apabila mendengar mengenai insiden itu.

“Penceroboh” itu yang telah memasuki zon larangan, dilihat mendayungkan perahunya dengan seorang komando berada di dalamnya.

Tiga komando kemudiannya menahan lelaki itu setibanya dia di pantai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu