Bicara Kes Zahid Hamidi Terhadap Rafizi 12 Jun - Semasa | mStar

Bicara Kes Zahid Hamidi Terhadap Rafizi 12 Jun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 12 dan 13 Jun untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam Latheefa Koya bagi pihak Mohd Rafizi dan Saseedharan Menon yang mewakili Ahmad Zahid.

Pada 25 Januari lalu Ahmad Zahid memfailkan saman tersebut dan mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid berkata artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Bekas PTD Tan Sri Hashim Sertai PKR

Artikel Berikut

Dadah Bernilai RM75,000 Dirampas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain