suria

Sabah Selamat Untuk Pelancong – Yen Yen

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan sekali lagi memberi jaminan kepada semua bahawa Sabah tidak terjejas ekoran insiden di Lahad Datu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada Selasa berkata, pelancong masih boleh pergi ke Sabah.

“Terdapat pegawai tentera yang mengawal pulau-pulau seperti Sipadan sejak sekian lama,” katanya pada sidang media pada Selasa.

Beliau berkata, mereka telah bekerjasama rapat dengan Lembaga Pelancongan Sabah.

“Mereka memaklumkan kepada kita setiap hari,” katanya.

Katanya, beliau menerima berita daripada Malaysia Airlines bahawa pelancong masih berkunjung ke Malaysia tetapi mengubah destinasi mereka.

“Terdapat segelintir mereka yang tidak mahu ke Sabah tetapi mengubah destinasi mereka ke tempat lain seperti Langkawi,” katanya.

Artikel Lain