Kerajaan Selangor Tubuh Dana RM10 Juta Untuk Wira Yang Gugur - Khalid - Semasa | mStar

Kerajaan Selangor Tubuh Dana RM10 Juta Untuk Wira Yang Gugur - Khalid

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.

"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernama ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.

"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.

Dua anggota komando polis VAT 69 terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac sementara enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain