suria

RCI Sabah Ditunda Ke 18 Mac

KOTA KINABALU: Sesi keempat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dijadualkan pada 5 hingga 9 Mac ditangguhkan.

Sesi seterusnya bagi pendengaran mahkamah terbuka RCI untuk menyiasat mengenai “pemberian” kewarganegaraan kepada sejuta pendatang asing sebelum kemerdekaan dijangka akan diadakan sekali lagi pada 18 Mac.

Lima anggota panel RCI dipengerusikan oleh bekas ketua hakim bagi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim, terdiri daripada empat pesuruhjaya – bekas Naib Cancelor Universiti Malaysia Sabah, Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampong, bekas timbalan ketua menteri Sabah dan peguam negeri, Tan Sri Herman Luping, bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk KY Mustafa dan Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Henry Chin.

Sesi pendengaran mahkamah terbuka yang pertama pada 14 Januari.

Artikel Lain