suria

Banjir Di Kelantan Beransur Pulih, Hanya 26 Orang Masih Di Pusat Pemindahan

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan hanya 26 orang mangsa masih berada di pusat pemindahan di Tumpat berbanding 93 orang petang Ahad.

Seramai 26 mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu telah pulang ke rumah masing-masing manakala jumlah mangsa di Perak kekal 111 orang.

Menurut portal rasmi banjir Majlis Keselamatan Negara, seramai 12 mangsa banjir di Perak ditempatkan di Dewan Orang Ramai Padang Serai Dalam, Larut Matang manakala 99 orang lagi di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung.

Sementara menurut portal rasmi kerajaan negeri kelantan, 26 mangsa banjir itu terdiri daripada lapan keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur 2.

Mereka merupakan penduduk Kampung Simpangan yang terjejas selepas air Sungai Golok melimpah. -BERNAMA

Artikel Lain